BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 29 July 2012

Pengenalan PPES Ternak Sdn. Bhd.

PPES Ternak Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 27 Julai 1983. Sekarang, PPES Ternak Sdn Bhd sudah pun berumur 29 tahun. Ia terletak di Lot 1260, Jalan Mersawa, Bintawa Industrial Estate, 93450 Kuching, Sarawak. Ia merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak(PPES atau lebih dikenali sebagai SEDC).

Aktiviti PPES Ternak Sdn. Bhd. yang utama ialah 'feedloting' lembu, penyembelihan lembu, pembiakan kambing dan rusa dan membekalkan daging lembu segar di seluruh negeri Sarawak.

Mengenai pentadbiran di PPES Ternak, ia terbahagi kepada bahagian iaitu Pentadbiran, Pemasaran, Kewangan dan di bahagian Perladangan.

Pengurus Besar bagi PPES Ternak ialah Encik Aslansia Yahya yang dibantu Puan Suhana Alli adalah Penyelia Personel dan Pentadbiran. Encik Artino Arshad merupakan Eksekutif Kanan Pemasaran di bahagian Pemasaran. Begitu juga dengan Encik Azman Mohd Nawi dan Encik Hosen Ladandrian yang merupakan Penyelia Jualan. Bagi di bahagian akaun, Puan Chin Suiet Joo merupakan Eksekutif Akaun yang dibantu oleh Puan Hajah Nurhidayah bt Abdullah, Penyelia Akaun dan Puan Sudiri Kula, Kerani Akaun. Encik Mehali Jamali adalah merupakan Penyelia Perkarangan di PPES Ternak.

Di Karabungan, Miri, Encik Rickson Amat Tama Stain pula merupakan Pemangku Pengurus Ladang, Penolong Pengurus Ladang ialah Encik James Iyama Padan. Puan Jane bt Ling, merangkap sebagai Penyelia Jualan dan Pentadbiran.

Objektif asas bagi PPES Ternak Sdn. Bhd. ialah meningkatkan jualan dan keberuntungan dalam memperkukuhkan rangkaian perniagaan, mewujudkan kesedaran orang ramai tentang kewujudan PPES Ternak sebagai pembekal daging halal yang segar dan ternakan dan memaksimumkan usaha-usaha promosi yang bertujuan meningkatkan pertumbuhan melalui produk dan perkhidmatan berkualiti kami.

Visi PPES Ternak Sdn. Bhd. adalah menjadi pembekal ternakan terkemuka di Sarawak. Misi pula, untuk terus memenuhi dan melebihi jangkaan pihak-pihak yang berkepentingan dalam kepuasan pelanggan melalui harga yang kompetitif, produk berkualiti, perkhidtmatan yang boleh dipercayai dan pelbagai jenis produk.

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum .. kalau saya nak Stok daging, tulang, ekor, gearbox dan perut utk Keperluan restoran saya, dengan siapa saya perlu berhubung?

Unknown said...

Assalamualaikum .. kalau saya nak Stok daging, tulang, ekor, gearbox dan perut utk Keperluan restoran saya, dengan siapa saya perlu berhubung?

Unknown said...

Nak benih rusa utk ternakan berapa hg